Cara menukar tetapan privasi anda

Secara lalai, WhatsApp menetapkan tetapan privasi anda untuk membenarkan:
  • Mana-mana pengguna melihat foto profil anda, maklumat perihalan dan resit dibaca
  • Kenalan anda melihat pengemaskinian status anda
  • Mana-mana pengguna memasukkan anda dalam kumpulan
Nota: Pengguna yang telah anda simpan sebagai kenalan atau yang telah anda hantar mesej sebelum ini mungkin dapat melihat status terakhir dilihat dan dalam talian anda.
Menukar tetapan privasi
  1. Pada:
    • Android: Ketik Pilihan lain
      > Tetapan > Akaun > Privasi.
    • iPhone: Ketik Seting > Privasi.
    • KaiOS: Tekan Pilihan > Tetapan > Akaun > Privasi.
    • Desktop: Klik Menu
      > Tetapan > Privasi.
  2. Anda boleh menukar individu yang boleh:
    • Melihat status Terakhir Dilihat dan Dalam Talian anda
    • Melihat Foto Profil anda
    • Melihat maklumat Perihalan anda
    • Melihat pengemaskinian Status anda
    • Melihat Resit Dibaca
    • Memasukkan anda dalam Kumpulan
Nota:
  • Jika anda tidak berkongsi status terakhir dilihat dan dalam talian anda, anda tidak akan dapat melihat status terakhir dilihat dan dalam talian pengguna lain.
  • Jika anda mematikan resit dibaca, anda tidak akan dapat melihat resit dibaca daripada pengguna lain. Resit dibaca sentiasa akan dihantar kepada sembang kumpulan.
  • Jika seorang kenalan telah mematikan resit dibaca, anda tidak akan dapat mengetahui jika mereka telah melihat pengemaskinian status anda.
  • Pengguna yang sedang dalam talian dan berada dalam jalur sembang dengan anda boleh melihat apabila anda menaip.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak