Cara menggunakan ID Sentuh atau ID Muka untuk WhatsApp

iPhone
Sebagai ciri keselamatan tambahan, anda boleh mendayakan ID Sentuh atau ID Muka pada WhatsApp. Apabila didayakan, anda mestilah menggunakan ID Sentuh atau ID Muka untuk membuka kunci WhatsApp. Anda masih boleh membalas mesej daripada pemberitahuan dan menjawab panggilan jika WhatsApp dikunci.
Mendayakan ID Sentuh atau ID Muka
Untuk menggunakan ID Sentuh atau ID Muka untuk WhatsApp, anda perlu mendayakan ciri ini dalam Seting iPhone terlebih dahulu.
  1. Buka Seting WhatsApp.
  2. Ketik Privasi > Kunci Skrin.
  3. Hidupkan Memerlukan ID Sentuh atau Memerlukan ID Muka.
  4. Pilih tempoh masa WhatsApp boleh berada dalam mod sedia sebelum ID Sentuh atau ID Muka diperlukan.
Mengenyahdayakan ID Sentuh atau ID Muka
  1. Buka Seting WhatsApp.
  2. Ketik Privasi > Kunci Skrin.
  3. Matikan Memerlukan ID Sentuh atau Memerlukan ID Muka.
Nota: Jika ID Sentuh atau ID Muka tidak membuka kunci WhatsApp, anda boleh memasukkan kod laluan iPhone anda.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak