Â
Cara mencipta dan mengundang ke kumpulan
Android
iPhone
KaiOS
Web dan Komputer meja
Windows
Anda boleh mencipta kumpulan WhatsApp dengan sehingga 1024 peserta.
Mencipta kumpulan
- Buka WhatsApp > ketik Pilihan lain> Kumpulan baharu.
- Sebagai alternatif, ketik Sembang baharu> Kumpulan baharu.
- Sebagai alternatif, ketik Sembang baharu
- Cari atau pilih kenalan untuk dimasukkan dalam kumpulan. Kemudian, ketik ikon anak panah berwarna hijau.
- Masukkan subjek kumpulan. Subjek ini akan menjadi nama kumpulan yang boleh dilihat oleh semua peserta.
- Had subjek ialah 100 aksara.
- Anda boleh mengetik Emojiuntuk memasukkan emoji pada subjek anda.
- Anda boleh memasukkan ikon kumpulan dengan mengetik ikon Kamera. Anda boleh memilih untuk menggunakan Kamera, Galeri anda, atau Cari di Web untuk memasukkan imej baharu. Setelah ikon disetkan, ikon akan muncul di sebelah kumpulan dalam tab SEMBANG.
- Ketik ikon tanda semak berwarna hijau setelah anda selesai.
Undang ke kumpulan melalui pautan
Jika anda pentadbir, anda boleh mengundang seseorang untuk menyertai kumpulan dengan berkongsi pautan dengan mereka. Pentadbir boleh Mengesetkan pautan semula pada bila-bila masa untuk membuatkan pautan undangan sebelumnya tidak sah dan mencipta pautan baharu.
- Buka sembang kumpulan WhatsApp, kemudian ketik subjek kumpulan.
- Sebagai alternatif, ketik dan tahan kumpulan tersebut dalam tab SEMBANG. Kemudian, ketik Pilihan lain> Maklumat kumpulan.
- Sebagai alternatif, ketik dan tahan kumpulan tersebut dalam tab SEMBANG. Kemudian, ketik Pilihan lain
- Ketik Undang melalui pautan.
- Pilih untuk Hantar pautan melalui WhatsApp, Salin pautan, Kongsi pautan melalui aplikasi lain, atau kod QR.
- Jika anda menghantar pautan melalui WhatsApp, cari atau pilih kenalan, kemudian ketik Hantar.
- Untuk mengesetkan pautan semula, ketik Setkan pautan semula > SETKAN PAUTAN SEMULA.
- Jika anda menghantar pautan melalui WhatsApp, cari atau pilih kenalan, kemudian ketik Hantar
Nota: Mana-mana pengguna WhatsApp yang anda kongsikan pautan undangan boleh menyertai kumpulan, jadi gunakan ciri ini dengan individu yang dipercayai sahaja. Ada kemungkinan seseorang akan memajukan pautan kepada orang lain, yang kemudian dapat menyertai kumpulan tersebut tanpa persetujuan tambahan daripada pentadbir kumpulan.