Cara mencipta dan mengundang ke kumpulan

Android
iPhone
KaiOS
Web dan Komputer meja
Windows
Anda boleh mencipta kumpulan dengan sehingga 256 peserta.
Mencipta kumpulan
  1. Klik Menu (
    atau
    ) di atas senarai sembang anda dalam WhatsApp.
    • Sebagai alternatif, klik ikon Sembang baharu.
  2. Klik Kumpulan baharu.
  3. Cari atau pilih kenalan untuk ditambahkan pada kumpulan. Kemudian klik ikon anak panah berwarna hijau.
  4. Masukkan subjek kumpulan. Ini akan menjadi nama kumpulan yang boleh dilihat oleh semua peserta.
    • Had subjek ialah 25 aksara.
    • Anda boleh menambahkan emoji pada subjek anda dengan mengklik ikon Emoji.
    • Anda boleh menambahkan ikon kumpulan dengan mengklik TAMBAH IKON KUMPULAN
      . Anda boleh memilih untuk Ambil gambar, Muat naik foto atau melakukan Carian di Web untuk menambah imej. Selepas disetkan, ikon akan muncul di sebelah kumpulan dalam senarai sembang anda.
      • Nota: Carian Web tidak tersedia untuk WhatsApp Web pada masa ini.
  5. Klik ikon tanda semak hijau setelah anda selesai.
Mengundang seseorang ke kumpulan melalui pautan
Jika anda pentadbir, anda boleh mengundang seseorang untuk menyertai kumpulan dengan berkongsi pautan dengan mereka. Pentadbir boleh Mengesetkan pautan semula pada bila-bila masa untuk menjadikan pautan undangan sebelumnya tidak sah dan mencipta pautan baharu.
  1. Buka sembang kumpulan WhatsApp, kemudian klik pada subjek kumpulan.
    • Sebagai alternatif, klik Menu (
      atau
      ) di sudut atas > Info kumpulan.
  2. Klik Undang ke kumpulan melalui pautan.
  3. Pilih untuk Hantar pautan melalui WhatsApp atau Salin pautan.
    • Jika menghantar undangan melalui WhatsApp, cari atau pilih kenalan, kemudian klik Hantar.
    • Untuk mengesetkan pautan semula, klik Setkan pautan semula > SETKAN PAUTAN SEMULA.
Nota:
  • Mana-mana pengguna WhatsApp yang anda kongsikan pautan undangan boleh menyertai kumpulan, jadi hanya gunakan ciri ini dengan individu yang dipercayai. Seseorang boleh memajukan pautan tersebut kepada individu lain. Maka, individu lain juga boleh menyertai kumpulan dan pentadbir kumpulan tidak akan diminta untuk meluluskan individu tersebut sebelum mereka menyertai kumpulan.
  • Saiz kumpulan akan ditambah dalam tempoh beberapa bulan akan datang secara berperingkat yang berkemungkinan menyebabkan kelewatan dalam mengakses ciri ini.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak