Mengapakah saya melihat mesej sistem baharu dalam sembang WhatsApp saya?

Kami ingin menjelaskan situasi yang dihadapi apabila anda berbalas mesej dengan perniagaan pada WhatsApp.
Sesetengah perniagaan yang bersembang dengan anda di WhatsApp mungkin memilih untuk menggunakan Facebook atau syarikat lain untuk membantu mereka mengendalikan dan menyimpan mesej mereka. Apabila perniagaan memilih untuk mengendalikan mesej mereka melalui syarikat lain, kami akan memaklumkan kepada anda tentang perkara ini dengan memaparkan mesej sistem ini:
Jika perniagaan mengendalikan sembang mereka sendiri, anda akan melihat mesej sistem ini:
Walaupun perniagaan memilih untuk menggunakan Facebook untuk mengehoskan mesej mereka, Facebook tidak akan menggunakan mesej anda secara automatik untuk mamaparkan iklan yang anda lihat. Sama seperti mana-mana saluran komunikasi lain -- seperti pusat panggilan atau e-mel -- perniagaan dapat menggunakan interaksi dengan pelanggan untuk tujuan pemasaran mereka, termasuk pengiklanan pada Facebook atau di tempat lain. Anda boleh menghubungi perniagaan untuk mengetahui lebih lanjut tentang amalan privasi mereka.
Sekiranya anda tidak mahu menerima mesej daripada perniagaan, anda boleh terus menyekat mereka daripada sembang atau memadam mereka daripada senarai kenalan anda.
Sentiasa peribadi dan dilindungi
Setiap mesej WhatsApp dilindungi oleh Protokol penyulitan isyarat yang melindungi mesej sebelum dihantar keluar daripada peranti anda. Apabila anda menghantar mesej kepada akaun perniagaan WhatsApp, mesej anda dihantar dengan selamat ke destinasi yang dipilih oleh perniagaan tersebut.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak