Cara membuat panggilan video kumpulan

Panggilan kumpulan membenarkan peserta untuk menyertai panggilan video dengan satu sama lain menggunakan WhatsApp. Apabila anda menerima panggilan video kumpulan, Pemberitahuan panggilan video kumpulan masuk atau skrin panggilan video kumpulan WhatsApp akan menunjukkan peserta yang berada dalam panggilan, dan kenalan pertama yang tersenarai ialah peserta yang telah menambahkan anda. Anda juga boleh menyertai panggilan yang terlepas jika panggilan tersebut masih berlangsung.
Membuat panggilan video kumpulan
Membuat panggilan video kumpulan daripada sembang kumpulan
  1. Buka sembang kumpulan WhatsApp yang ingin dihubungi melalui panggilan video.
  2. Sekiranya sembang kumpulan anda mempunyai 32 atau kurang peserta, ketik Panggilan Video
    dan sahkan keputusan anda. Tujuh ahli kumpulan pertama yang menjawab boleh menyertai panggilan tersebut.
    Nota: Sekiranya terdapat lebih daripada 32 peserta, ketik Panggilan Kumpulan
    dan pilih sehingga 7 ahli kumpulan untuk menyertai panggilan video anda. Kemudian ketik Panggilan Video
    .
Membuat panggilan video kumpulan daripada tab Panggilan
  1. Buka WhatsApp, kemudian ketik tab Panggilan.
  2. Ketik Panggilan Baharu
    > Panggilan Baharu Kumpulan.
  3. Cari kenalan yang ingin anda tambahkan pada panggilan, kemudian ketik Panggilan Video
    .
Membuat panggilan video kumpulan daripada sembang individu
  1. Buka sembang WhatsApp dengan salah seorang kenalan yang ingin anda buat panggilan video.
  2. Ketik Panggilan Video
    .
  3. Selepas kenalan menerima panggilan tersebut, ketik Buka
    > Tambah Peserta.
  4. Cari kenalan lain yang ingin anda tambahkan pada panggilan, kemudian ketik Tambah.
  5. Ketik Tambah Peserta
    untuk menambahkan lagi kenalan.
Menyertai panggilan video kumpulan
Menyertai panggilan video kumpulan masuk
  1. Anda akan menerima pemberitahuan apabila seseorang mengundang anda untuk menyertai panggilan video kumpulan.
  2. Ketik pemberitahuan tersebut untuk membuka skrin info panggilan.
  3. Daripada skrin ini, anda boleh pratonton peserta panggilan tersebut dan jemputan lain.
  4. Ketik Sertai untuk menyertai panggilan tersebut.
  5. Ketika berada dalam panggilan, ketik Buka
    untuk membuka skrin info panggilan.
    • Ketik Tambah Peserta untuk menambah lagi kenalan pada panggilan.
    • Ketik Hubungi untuk menghantar pemberitahuan kepada orang yang telah diundang.
Sertai panggilan video kumpulan yang terlepas melalui tab PANGGILAN
  1. Jika panggilan masih berlangsung, ketik panggilan yang ingin disertai. Tindakan ini akan membuka skrin info panggilan.
  2. Daripada menu panggilan, ketik Sertai.
Menyertai panggilan video kumpulan terlepas melalui sembang kumpulan
Sekiranya panggilan dimulakan daripada sembang kumpulan, anda boleh menyertai panggilan tersebut dengan membuka sembang tersebut dan mengetik Sertai.
Nota:
  • Hanya 8 peserta boleh aktif dalam panggilan video pada satu masa.
  • Pastikan anda dan kenalan anda mempunyai sambungan Internet yang kukuh apabila membuat atau menerima panggilan video kumpulan. Kualiti panggilan video bergantung pada kenalan yang mempunyai sambungan yang paling lemah.
  • Semasa dalam panggilan video kumpulan, anda boleh mematikan video anda dengan mengetik Matikan Video
    .
  • Anda tidak boleh mengalih keluar kenalan ketika berada dalam panggilan video kumpulan. Kenalan tersebut perlu meletakkan telefon untuk memutuskan sambungan panggilan.
  • Anda boleh berada dalam panggilan video kumpulan dengan seseorang yang telah anda sekat. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menambahkan kenalan yang telah anda sekat atau yang telah menyekat anda pada panggilan tersebut.
Sumber berkaitan:
  • Cara membuat panggilan video pada: Android | iPhone
  • Cara membuat panggilan video kumpulan pada Android
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak