Â
Cara mengalih akaun WhatsApp Messenger anda kepada aplikasi WhatsApp Business
Android
iPhone
Sebelum anda beralih daripada akaun WhatsApp Messenger kepada aplikasi WhatsApp Business, kami mengesyorkan agar anda mencipta sandaran bagi akaun anda. Ketahui cara mencipta sandaran dalam artikel ini.
Petua Perniagaan: Perniagaan boleh memberikan impak yang lebih besar pada jualan dan pertumbuhan mereka dengan bertukar kepada aplikasi WhatsApp Business. Aplikasi WhatsApp Business menawarkan pelbagai ciri percuma untuk berhubung dengan pelanggan serta menjual produk dan perkhidmatan.
- Kemas kini WhatsApp Messenger dan muat turun aplikasi WhatsApp Business daripada Gedung Google Play.
- Buka aplikasi WhatsApp Business.
- Baca Terma Perkhidmatan aplikasi WhatsApp Business. Ketik SETUJU DAN TERUSKAN untuk menerima terma.
- Aplikasi WhatsApp Business mengenal pasti nombor yang anda gunakan dalam WhatsApp Messenger secara automatik. Untuk meneruskan proses ini, ketik pilihan dengan nombor perniagaan anda.
- Jika nombor yang dipaparkan bukan nombor yang ingin anda gunakan, ketik Guna nombor lain, kemudian ikuti proses pengesahan standard.
- Ketik TERUSKAN > BENARKAN untuk membenarkan aplikasi WhatsApp Business mengakses sejarah sembang dan media anda.
- WhatsApp akan menghantar SMS dengan kod 6 digit kepada anda. Masukkan kod 6 digit untuk mengesahkan nombor anda.
- Cipta profil perniagaan anda, kemudian ketik SETERUSNYA.
- Anda boleh terus mengedit profil perniagaan anda setelah akaun WhatsApp Business anda aktif.