Cara mengeset kod QR anda semula untuk WhatsApp Business

Jika sebelum ini anda telah kongsikan kod QR WhatsApp anda tetapi tidak lagi mahu sesiapa mencari anda dengan mengimbas kod QR tersebut, anda boleh mengesetkan kod QR semula. Jika anda mengeset kod QR anda semula, kod sebelumnya tidak akan berfungsi lagi. Anda perlu kongsikan semula kod QR baharu dengan pelanggan anda jika anda memilih untuk mengesetnya semula.
Petua Perniagaan: Anda mungkin mengeset kod QR anda semula atas beberapa sebab. Jika anda pernah berkongsi kod anda di media sosial tetapi telah mula menerima spam, anda boleh mengeset kod anda semula untuk menghalang penghantar spam daripada menghubungi anda dengan cara tersebut.
Mengeset kod QR anda semula
  1. Buka aplikasi WhatsApp Business.
  2. Ketik Pilihan lain
    > Alat Perniagaan > Pautan pendek.
  3. Ketik Lihat Kod QR.
  4. Ketik Pilhan lain
    > Set pautan semula > SET SEMULA.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak