Perihal sandaran Google Drive

Cara paling mudah untuk memindahkan data WhatsApp anda ke telefon baharu adalah dengan menggunakan Google Drive. Google Drive ditawarkan, dibangunkan, dan dikendalikan oleh Google. Kami mengesyorkan agar telefon anda disambungkan melalui Wi-Fi sebelum sandaran sembang dibuat pada Google Drive, kerana fail sandaran adalah berlainan saiz dan menggunakan data mudah alih yang menyebabkan caj tambahan. Bermula 19 April 2022, anda perlu membuat sandaran pada Google Drive setiap 5 bulan untuk mengelakkan kehilangan data akibat pemadaman.
Nota:
  • Sandaran WhatsApp tidak dikira terhadap kuota storan Google Drive anda.
  • Sandaran WhatsApp dikaitkan dengan nombor telefon dan akaun Google yang telah digunakan untuk mencipta sandaran tersebut.
  • Sandaran WhatsApp yang tidak dikemas kini dalam masa 5 bulan mungkin dipadamkan oleh Google secara automatik. Untuk mengelakkan kehilangan sebarang sandaran, kami mengesyorkan agar anda membuat sandaran data WhatsApp anda dengan kerap.
  • Sandaran pertama mungkin mengambil masa seketika untuk selesai. Kami mengesyorkan agar telefon anda disambungkan kepada sumber kuasa.
  • Setiap kali anda mencipta sandaran Google Drive menggunakan akaun Google yang sama, sandaran yang sebelumnya akan ditulis gantikan oleh Google. Tidak ada cara untuk memulihkan sandaran Google Drive yang lebih lama.
  • Media dan mesej yang anda sandarkan tidak dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung WhatsApp semasa berada dalam Google Drive, melainkan anda memilih untuk menghidupkan sandaran yang disulitkan hujung ke hujung.
Sila rujuk kembali artikel pusat info ini secara berkala untuk pengemaskinian.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak