Cara mengalih akaun WhatsApp Messenger anda kepada aplikasi WhatsApp Business

Android
iPhone
Sebelum anda beralih daripada WhatsApp Messenger kepada aplikasi WhatsApp Business, kami mengesyorkan agar anda mencipta sandaran bagi akaun anda. Ketahui cara mencipta sandaran dalam artikel ini.
  1. Kemas kini WhatsApp Messenger dan muat turun aplikasi WhatsApp Business daripada App Store Apple.
  2. Buka aplikasi WhatsApp Business.
  3. Baca Terma Perkhidmatan aplikasi WhatsApp Business. Ketik Setuju & Teruskan untuk menerima terma tersebut.
  4. Aplikasi WhatsApp Business mengenal pasti nombor yang anda gunakan dalam WhatsApp Messenger secara automatik. Untuk meneruskan proses ini, ketik pilihan dengan nombor perniagaan anda.
    • Jika nombor yang muncul bukan nombor yang ingin anda gunakan, ketik Guna nombor lain, kemudian ikuti proses pengesahan normal.
  5. WhatsApp akan menghantar SMS dengan kod 6 digit kepada anda. Masukkan kod 6 digit untuk mengesahkan nombor anda.
    • Anda tidak perlu melengkapkan langkah ini jika iCloud Keychain didayakan dan anda telah mengesahkan nombor ini pada telefon yang sama sebelum ini.
  6. Cipta profil perniagaan anda, kemudian ketik Selesai.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak