Petua keselamatan akaun

Anda boleh menjamin keselamatan akaun WhatsApp anda dengan lebih baik dengan mengikuti petua yang berikut:
  • Jangan sekali-kali berkongsi kod pendaftaran anda atau PIN pengesahan dua langkah dengan orang lain.
  • Dayakan ciri pengesahan dua langkah dan berikan alamat e-mel sekiranya anda terlupa PIN anda.
  • Tetapkan kod peranti.
  • Berhati-hati dengan individu yang mempunyai akses fizikal kepada telefon anda. Jika seseorang mempunyai akses fizikal kepada telefon anda, mereka boleh menggunakan akaun WhatsApp anda tanpa kebenaran anda.
Kami mengesyorkan anda berkongsi nasihat ini dengan rakan dan keluarga untuk membantu menjaga keselamatan akaun WhatsApp mereka.
Nota: Jika anda menerima e-mel untuk menetapkan semula PIN pengesahan dua langkah atau kod pendaftaran tetapi tidak memintanya, jangan klik pada pautan tersebut. Seseorang mungkin sedang cuba untuk mengakses nombor telefon anda di WhatsApp.
Sumber
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak