Cara menghidupkan atau mematikan ciri mesej menghilang

Anda boleh menghantar mesej yang akan hilang di WhatsApp dengan mendayakan ciri mesej menghilang. Anda boleh memilih untuk mesej menghilang selepas 24 jam, 7 hari atau 90 hari. Anda boleh menghidupkan ciri mesej menghilang untuk berbilang sembang sedia ada, dan mesej baharu yang dihantar dalam sembang akan hilang selepas tempoh masa yang anda pilih. Pilihan terkini mengawal semua mesej baharu dalam sembang. Mesej yang dihantar atau diterima sebelum ciri mesej menghilang didayakan tidak akan terjejas.
Buka WhatsApp untuk bermula.
Mendayakan ciri mesej menghilang
Penghantar atau penerima mesej boleh mendayakan ciri mesej menghilang dalam sembang individu. Setelah didayakan, mesej baharu dalam sembang tersebut akan hilang selepas tempoh masa yang anda pilih.
  1. Buka sembang WhatsApp.
  2. Ketik pada nama kenalan.
  3. Ketik Mesej menghilang.
    • Jika diprom, ketik TERUSKAN.
  4. Pilih 24 jam, 7 hari atau 90 hari.
  5. Pilih sembang yang ingin anda dayakan ciri mesej menghilang.
  6. Ketik
  7. Ketik SELESAI.
Mengenyahdayakan ciri mesej menghilang
Penghantar atau penerima mesej boleh mengenyahdayakan ciri mesej menghilang pada bila-bila masa. Setelah dinyahdayakan, mesej baharu yang dihantar dalam sembang tidak akan hilang lagi.
  1. Buka sembang WhatsApp.
  2. Ketik pada nama kenalan.
  3. Ketik Mesej menghilang.
    • Jika diprom, ketik TERUSKAN.
  4. Pilih Matikan.
  5. Pilih sembang yang ingin anda nyahdayakan ciri mesej menghilang.
  6. Ketik
  7. Ketik SELESAI.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak