Cara menyekat dan melaporkan kenalan

Android
iPhone
KaiOS
Anda boleh berhenti menerima mesej, panggilan dan pengemaskinian status daripada kenalan tertentu dengan menyekat mereka. Anda juga boleh melaporkan mereka jika anda rasa mereka menghantar kandungan bermasalah atau spam.
Jika anda merasakan bahawa anda atau orang lain sedang dalam bahaya, sila hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan anda.

Menyekat kenalan
  1. Buka WhatsApp, ketik Pilihan lain
    > Tetapan.
  2. KetikPrivasi > Kenalan disekat.
    1. Ketik Tambah
      .
    2. Cari atau pilih kenalan yang ingin disekat.
Berikut adalah beberapa alternatif untuk menyekat kenalan:
  • Buka sembang dengan kenalan tersebut, kemudian ketik Pilihan lain
    > Lagi > Sekat > SEKAT atau LAPOR DAN SEKAT, yang akan melapor dan menyekatkan nombor tersebut.
  • Buka sembang dengan kenalan itu, kemudian ketik nama kenalan tersebut > Sekat > SEKAT.
Menyekat nombor telefon yang tidak dikenali
  1. Buka sembang WhatsApp dengan nombor telefon yang tidak dikenali.
  2. Ketik SEKAT.
  3. Ketik SEKAT atau LAPOR DAN SEKAT, yang akan melapor dan menyekatkan nombor tersebut.
Nota:
  • Kenalan yang disekat tidak lagi akan dapat menghubungi atau menghantar mesej kepada anda.
  • Maklumat terakhir dilihat, dalam talian, pengemaskinian status, dan sebarang perubahan yang dibuat kepada foto profil anda tidak lagi dapat dilihat oleh kenalan yang telah anda sekat.
  • Menyekat kenalan tidak akan mengalih keluar mereka daripada senarai kenalan anda, bahkan tidak akan mengalih keluar anda daripada senarai pada telefon kenalan. Untuk memadamkan kenalan, anda mesti memadamkan kenalan tersebut daripada buku alamat telefon anda.
  • Jika anda berasa bimbang sama ada kenalan yang disekat akan tahu jika anda menyekat mereka, sila baca artikel ini.
Mengenyahsekat kenalan
  1. Dalam WhatsApp, ketik Pilihan lain
    > Tetapan.
  2. KetikPrivasi > Kenalan disekat.
  3. Ketik kenalan yang ingin dinyahsekat.
  4. Ketik Nyahsekat {kenalan}. Anda dan kenalan tersebut kini akan dapat menghantar dan menerima mesej, panggilan, dan pengemaskinian status.
Sebagai alternatif, anda boleh mencari kenalan yang telah anda sekat > ketik dan tahan kenalan tersebut > ketik Nyahsekat {kenalan}.
Nota:
  • Jika anda mengenyahsekat seorang kenalan, anda tidak akan menerima sebarang mesej, panggilan atau pengemaskinian status yang dihantar oleh kenalan tersebut ketika tempoh mereka disekat.
  • Jika anda mengenyahsekat kenalan atau nombor telefon yang sebelum ini tidak disimpan pada buku alamat telefon anda, anda tidak akan dapat memulihkan kenalan atau nombor telefon tersebut pada peranti anda.
Melaporkan kenalan
  1. Buka sembang dengan pengguna yang ingin dilaporkan.
  2. Ketik Pilihan lain
    > Lagi > Lapor.
    • Tandakan kotak jika anda juga ingin menyekat pengguna dan memadamkan mesej dalam sembang tersebut.
  3. Ketik LAPOR.
Nota: WhatsApp akan menerima lima mesej terakhir yang dihantarkan kepada anda oleh pengguna atau kumpulan yang dilaporkan, dan mereka tidak akan dimaklumkan. WhatsApp juga akan menerima ID kumpulan atau ID pengguna yang dilaporkan, maklumat tentang masa mesej dihantar, dan jenis mesej yang dihantar (imej, video, teks, dll.).
Anda juga boleh memilih untuk melaporkan akaun dengan menekan lama pada mana-mana mesej.
  1. Tekan lama pada mesej individu dan ketik pada menu limpahan.
  2. Pilihan untuk melaporkan kenalan akan muncul bersama-sama dengan pemberitahuan pengesahan dan pilihan untuk menyekat.
Melaporkan foto atau video sekali paparan
  1. Buka foto atau video sekali paparan.
  2. Ketik Pilihan lain
    > Lapor kenalan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri sekali paparan, baca artikel ini.
Sumber berkaitan:
Cara menyekat dan melaporkan kenalan: iPhone | KaiOS
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak