Cara menggunakan balasan cepat

Dengan balasan cepat, anda boleh mencipta pintasan untuk mesej yang paling kerap anda hantar kepada pelanggan. Ini termasuk mesej media, seperti imej dan video.
Nota: Jumlah balasan cepat maksimum yang boleh disimpan ialah 50.
Menetapkan balasan cepat
  1. Dalam apl WhatsApp Business, ketik Pilihan lain
    > Alat perniagaan > Balasan cepat.
  2. Ketik Tambah
    .
  3. Ketik Mesej untuk mencipta mesej yang diingini.
    • Nota: Fail media tidak disokong dalam balasan cepat di Web atau Desktop.
  4. Ketik Pintasan untuk menetapkan pintasan papan kekunci bagi balasan cepat anda.
  5. Ketik SIMPAN.
Balasan lalai
Untuk memudahkan komunikasi dengan pelanggan anda, aplikasi WhatsApp Business mencipta balasan cepat berdasarkan maklumat pada profil perniagaan anda. Anda boleh menghantar balasan cepat yang mengandungi waktu perniagaan anda, alamat atau profil anda sendiri. Untuk melihat balasan lalai ini:
  • Buka sembang, ketik Mesej dan taipkan "/", atau
  • Buka sembang, ketik Lampirkan
    > Balasan Cepat.
Menggunakan balasan cepat
Sebagai lampiran
  1. Buka sembang.
  2. Ketik Lampirkan
    > Balasan Cepat.
  3. Pilih balasan cepat yang diingini. Mesej tersebut akan muncul dalam medan input teks secara automatik.
  4. Edit mesej tersebut, atau ketik Hantar
    .
Daripada medan input teks
  1. Buka sembang.
  2. Ketik Mesej, kemudian taipkan "/". Tindakan ini akan memaparkan semua balasan cepat anda, termasuk balasan lalai.
  3. Pilih balasan cepat yang diingini. Mesej tersebut akan muncul dalam medan input teks secara automatik.
  4. Edit mesej tersebut, atau ketik Hantar
    .
Petua Perniagaan: Lengkapkan setiap bahagian dalam profil perniagaan anda untuk menjana balasan lalai yang boleh anda gunakan untuk memaklumkan pelanggan tentang alamat anda, waktu perniagaan, dan banyak lagi.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak