Cara menggunakan emoji

Emoji tidak dibina dalam WhatsApp untuk iPhone. Walau bagaimanapun, emoji boleh digunakan pada iPhone dengan menggunakan papan kekunci emoji. Hubungi sokongan Apple untuk mengetahui cara mendayakan papan kekunci emoji.
Menggunakan emoji dalam WhatsApp
Selepas papan kekunci Emoji telah didayakan, anda boleh mengaksesnya dengan mengetik ikon Glob
atau Emoji
pada papan kekunci.
Nota: Apple kerap memperkenalkan emoji baharu dalam versi iOS baharu. Sila pastikan bahawa anda menggunakan versi iOS yang terkini untuk mengakses emoji yang terkini. Arahan untuk menaik taraf perisian telefon anda boleh ditemui di laman web Sokongan Apple.
Sumber berkaitan:
  • Cara menggunakan emoji untuk mengedit foto dan video pada iPhone
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak