Perihal format nombor telefon antarabangsa

Nombor telefon dalam format antarabangsa lengkap merangkumi tanda tambah (+) diikuti dengan kod negara, kod bandar dan nombor telefon tempatan. Apabila menghubungi WhatsApp, sentiasa hantarkan nombor telefon anda dalam format antarabangsa lengkap.
Sebagai contoh, jika kenalan di Amerika Syarikat (kod negara "1") mempunyai kod kawasan "408" dan nombor telefon "XXX-XXXX", anda perlu memasukkan +1 408 XXX XXXX.
Nota:
  • Pastikan anda mengeluarkan sebarang angka 0 di depan atau sebarang kod panggilan khas.
  • Semua nombor telefon di Argentina (kod negara "54") harus mempunyai angka "9" di antara kod negara dan kod kawasan. Awalan "15" mesti dikeluarkan supaya nombor akhir mempunyai bilangan 13 digit: +54 9 XXX XXX XXXX
  • Nombor telefon di Mexico (kod negara "52") perlu mempunyai angka "1" selepas "+52", walaupun ia nombor Nextel.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak