Cara mencipta dan mengundang ke kumpulan

Anda boleh mencipta kumpulan dengan sehingga 256 peserta.
Mencipta kumpulan
  1. Buka WhatsApp > ketik Pilihan lain
    > Kumpulan baharu.
    • Sebagai alternatif, ketik Sembang baharu
      > Kumpulan baharu.
  2. Cari atau pilih kenalan untuk ditambahkan pada kumpulan. Kemudian, ketik ikon anak panah hijau.
  3. Masukkan subjek kumpulan. Ini akan menjadi nama kumpulan yang boleh dilihat oleh semua peserta.
    • Had subjek ialah 25 aksara.
    • Anda boleh mengetik Emoji
      untuk menambahkan emoji pada subjek anda.
    • Anda boleh menambahkan ikon kumpulan dengan mengetik ikon Kamera. Anda boleh memilih untuk menggunakan Kamera, Galeri atau Carian Web untuk menambah imej. Setelah ditetapkan, ikon akan muncul di sebelah kumpulan dalam tab SEMBANG.
  4. Ketik ikon tanda semak hijau setelah anda selesai.
Undang ke kumpulan melalui pautan
Jika anda pentadbir, anda boleh mengundang individu untuk menyertai kumpulan dengan berkongsi pautan dengan mereka. Pentadbir boleh Mengesetkan pautan semula pada bila-bila masa untuk membuatkan pautan undangan sebelumnya tidak sah dan mencipta pautan baharu.
  1. Buka sembang kumpulan WhatsApp, kemudian ketik subjek kumpulan.
    • Sebagai alternatif, ketik dan tahan kumpulan dalam tab SEMBANG. Kemudian, ketik Pilihan lain
      > Info kumpulan.
  2. Ketik Undang melalui pautan.
  3. Pilih untuk Hantar pautan melalui WhatsApp, Salin pautan, Kongsi pautan melalui aplikasi lain atau gunakan kod QR.
    • Jika menghantar melalui WhatsApp, cari atau pilih kenalan, kemudian ketik Hantar
      .
    • Untuk mengesetkan pautan semula, ketik Setkan pautan semula > SETKAN PAUTAN SEMULA.
Nota:
  • Mana-mana pengguna WhatsApp yang anda kongsikan pautan undangan boleh menyertai kumpulan, jadi hanya gunakan ciri ini dengan individu yang dipercayai. Ada kemungkinan seseorang akan memajukan pautan kepada orang lain, yang kemudian dapat menyertai kumpulan tersebut tanpa persetujuan tambahan daripada pentadbir kumpulan.
  • Kami sedang meningkatkan saiz kumpulan dalam tempoh beberapa bulan akan datang secara berperingkat, kemungkinan akan terdapat kelewatan dalam mengakses ciri ini.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak