Perihal menyertai sembang perniagaan

WhatsApp mahu anda dapat mengawal orang yang bersembang dengan anda. Sebab itulah sesatu perniagaan tidak boleh terus mengadakan perbualan dengan anda melainkan anda telah memilih untuk bersembang dengan mereka.
Apabila sesatu perniagaan menghantar mesej pertama kepada anda, anda akan mempunyai tiga jenis interaksi berbeza yang boleh dipilih. Ketik:
  • Sekat untuk menambah perniagaan tersebut pada senarai Kenalan disekat anda. Apabila anda menyekat sesatu perniagaan, mereka tidak akan dapat menghantar mesej kepada anda secara terus. Walau bagaimanapun, anda masih mempunyai akses kepada profil dan katalog perniagaan mereka. Anda juga akan dapat berinteraksi dengan mereka jika anda berada dalam mana-mana grup yang sama.
  • Lapor untuk melaporkan perniagaan yang anda rasakan melanggar Dasar Perdagangan kami. Anda juga boleh menggunakan opsyen ini untuk menyekat perniagaan tersebut.
  • Teruskan untuk menyertai sembang dengan perniagaan tersebut. Anda juga boleh menyertai sembang dengan menghantar mesej kepada perniagaan tersebut.
Sumber berkaitan
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak