Perihal Bilik Messenger

Bilik Messenger membenarkan anda untuk membuat panggilan dan meluangkan masa bersama keluarga, rakan dan orang yang anda berkongsi minat. Dengan menggunakan aplikasi Messenger atau dengan membuka tapak web Messenger pada pelayar mudah alih atau web, anda dapat mencipta bilik yang membolehkan sembang video dengan grup yang lebih besar. Anda kemudian boleh menghantar pautan undangan kepada kenalan anda dan sembang kumpulan dalam WhatsApp supaya mereka boleh menyertai bilik tersebut, walaupun mereka tidak mempunyai akaun Facebook atau aplikasi Messenger.
Pintasan ke Bilik Messenger tidak lagi tersedia dalam WhatsApp. Messenger ialah aplikasi dan tapak web yang berasingan, jadi apabila anda mencipta bilik, anda perlu mengelog masuk menggunakan akaun Facebook anda. Bilik berlangsung di luar WhatsApp dan sembang video di Bilik Messenger tidak disulitkan hujung ke hujung.
Mana-mana pengguna WhatsApp yang anda kongsikan pautan bilik boleh menyertai bilik, jadi hanya kongsikan pautan ini dengan individu yang dipercayai. Seseorang boleh memajukan pautan tersebut kepada individu lain. Sekiranya demikian, orang lain juga boleh menyertai bilik itu, walaupun anda tidak menghantar pautan tersebut secara langsung kepada mereka.
Bilik Messenger merupakan ciri yang dimiliki dan dicipta oleh Messenger. Oleh sebab Messenger dan produk Meta yang lain tidak menyokong semua bahasa yang tersedia dalam WhatsApp, anda mungkin melihat beberapa pesanan atau pautan yang dipraisi daripada Messenger dalam bahasa yang berbeza daripada bahasa telefon atau komputer anda. Apabila anda menggunakan Bilik Messenger atau produk Meta yang lain, terma dan amalan privasi mereka sendiri akan terpakai untuk penggunaan perkhidmatan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Bilik Messenger, sila baca artikel ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara WhatsApp bekerjasama dengan Syarikat Meta yang lain, lihat Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi kami.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak