Cara menggunakan mesej berada di luar

Apabila mesej berada di luar didayakan, pelanggan yang menghantar mesej kepada anda akan menerima mesej boleh disuaikan secara automatik, yang memaklumi mereka bahawa anda sibuk atau berada jauh daripada telefon anda. Anda boleh memilih pelanggan yang ingin anda hantarkan mesej berada di luar serta waktu untuk menghantar mesej tersebut.
Petua Perniagaan: Menggunakan mesej berada di luar bukan sahaja membantu melindungi masa peribadi anda. Malah, mesej ini juga memberikan jaminan kepada pelanggan anda bahawa anda tidak mengabaikan mereka.
Menetapkan mesej berada di luar
  1. Buka aplikasi WhatsApp Business.
  2. Ketik Seting > Alat Perniagaan > Mesej Berada di Luar.
  3. Hidupkan ciri Hantar mesej berada di luar.
  4. Di bawah Mesej, ketik mesej tersebut untuk mengeditnya, kemudian ketik Simpan.
  5. Ketik Jadualkan untuk menjadualkan mesej berada di luar. Pilih daripada pilihan berikut:
    • Sentiasa hantar: Hantar pada setiap masa.
    • Jadual tersuai: Hanya hantar untuk tempoh masa yang ditentukan.
    • Di luar waktu perniagaan: Hanya hantar di luar waktu perniagaan.
      • Nota: Pilihan ini hanya tersedia jika anda telah menetapkan waktu perniagaan dalam profil perniagaan anda.
  6. Ketik Penerima untuk menentukan individu yang akan menerima mesej berada di luar. Pilih daripada pilihan berikut:
    • Semua orang: Hantar kepada sesiapa sahaja yang menghantar mesej kepada anda ketika ciri Mesej Berada di Luar dihidupkan.
    • Semua orang yang tiada dalam buku alamat: Hanya hantar kepada pelanggan yang tidak ada dalam buku alamat anda.
    • Semua orang kecuali...: Hantar kepada semua pelanggan kecuali individu tertentu.
    • Hanya hantar kepada...: Hanya hantar kepada kenalan terpilih.
Nota: Peranti ada mesti mempunyai sambungan Internet yang aktif untuk menghantar mesej berada di luar.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak