Cara menghidupkan atau mematikan ciri mesej menghilang dalam grup

Anda boleh menghantar mesej yang akan hilang di WhatsApp dengan menghidupkan ciri mesej menghilang. Anda boleh memilih untuk mesej menghilang selepas 24 jam, 7 hari atau 90 hari. Setelah didayakan, mesej baharu yang dihantar dalam sembang tersebut akan hilang selepas tempoh masa yang anda pilih. Mesej yang dihantar atau diterima sebelum ciri mesej menghilang didayakan tidak akan terjejas.
Mendayakan ciri mesej menghilang
Dalam sembang grup, mana-mana peserta boleh mendayakan ciri mesej menghilang. Walau bagaimanapun, seorang pentadbir grup boleh menukar tetapan grup untuk membenarkan pentadbir sahaja yang boleh mendayakan ciri mesej menghilang. Ketahui cara menukar tetapan pentadbir grup dalam artikel ini.
  1. Buka sembang grup WhatsApp.
  2. Tekan Pilihan > Info grup > OK.
  3. Pilih Mesej Menghilang > EDIT.
    • Jika diprom, tekan Seterusnya > OK.
  4. Pilih 24 jam, 7 hari atau 90 hari > OK.
Anda juga boleh mendayakan ciri mesej menghilang apabila mencipta sembang grup baharu.
Mengenyahdayakan ciri mesej menghilang
Sesiapa sahaja dalam grup boleh mengenyahdayakan ciri mesej menghilang pada bila-bila masa, melainkan pentadbir grup telah mengehadkan tindakan tersebut kepada pentadbir sahaja.
  1. Buka sembang grup WhatsApp.
  2. Tekan Pilihan > Info grup > OK.
  3. Pilih Mesej Menghilang > EDIT.
    • Jika diprom, tekan Seterusnya > OK.
  4. Pilih Matikan > OK.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak