Melihat "Menunggu mesej ini. Ini mungkin mengambil seketika."

Kadangkala, anda mungkin melihat mesej di atas menggantikan mesej yang dihantar daripada kenalan. Disebabkan penyulitan hujung ke hujung, anda mungkin perlu menunggu mesej seseorang tiba kerana telefon mereka perlu berada dalam talian. Ini boleh berlaku sekiranya anda atau individu yang sedang bersembang dengan anda telah memasang WhatsApp semula baru-baru ini atau menggunakan versi lebih lama.
Untuk mencepatkan proses ini:
  • Minta individu yang bermesej dengan anda untuk membuka WhatsApp pada telefon mereka.
  • Pastikan anda berdua menggunakan WhatsApp versi terkini.
Untuk maklumat lanjut tentang ciri penyulitan hujung ke hujung, sila baca kertas putih kami dan artikel ini.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak