Tidak dapat menggunakan papan kekunci pada WhatsApp

iPhone
Semua komponen papan kekunci dikawal sepenuhnya oleh iOS, termasuk papan kekunci pelbagai bahasa, Pembetulan Automatik, Semakan Ejaan dan Teks ramalan. Ciri-ciri ini boleh dihidupkan dan dimatikan dalam Seting iPhone > Umum > Papan Kekunci. Jika ciri-ciri ini tidak berfungsi, ini adalah masalah dengan iOS, bukan WhatsApp.
Jika anda menambahkan papan kekunci lain, anda boleh mengakses ini dengan mengetik pada ikon glob di sudut bawah papan kekunci.
Sekiranya anda mengalami kelambatan semasa menaip, menukar papan kekunci atau menambah emoji, sila setkan semula kamus papan kekunci anda dalam Seting iPhone > Umum > Set Semula > Set Semula Kamus Papan Kekunci.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang papan kekunci pada iPhone anda, sila lawati laman web Sokongan Apple.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak