Saya mendapat mesej bahawa video saya terlalu panjang dan ia tidak dapat dihantar

Saiz fail maksimum yang dibenarkan untuk semua media (foto, video atau mesej suara) untuk dihantarkan atau dimajukan melalui WhatsApp ialah 16 Megabait pada semua platform.
Pada kebanyakan telefon, ini bersamaan dengan 90 saat sehingga 3 minit video. Tempoh video maksimum akan berbeza berdasarkan atas kualiti kamera video telefon anda.
Untuk menghantar video yang lebih panjang, anda boleh merakam video yang mempunyai resolusi lebih rendah di luar WhatsApp dan gunakan ciri lampir media dalam sembang untuk menghantarkannya kepada kenalan anda.
Untuk Status, anda boleh kongsi video dengan tempoh maksimum 30 saat. Pada masa ini, ia tidak mungkin untuk kongsi video yang lebih panjang ke Status.
Jika anda sedang cuba menghantar video yang anda terima sebelum ini, anda boleh menggunakan ciri majukan media dalam satu sembang untuk memajukan video tersebut melalui WhatsApp.
Nota: Untuk dokumen, saiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 100MB.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak