Cara menyertai sembang grup semula

Jika anda ingin menyertai sembang grup yang telah anda tinggalkan, pentadbir grup perlu mengundang anda ke grup tersebut semula. Jika anda pentadbir grup tunggal dan anda keluar daripada grup, seorang peserta lain akan dipilih secara rawak untuk menjadi pentadbir baharu. Anda boleh meminta pentadbir untuk mengundang anda ke grup dan menjadikan anda pentadbir grup semula.
Menyertai semula grup yang telah anda tinggalkan dua kali
Jika anda ingin menyertai semula grup yang telah anda tinggalkan dua kali, anda perlu menunggu selama 24 jam sebelum pentadbir grup boleh mengundang anda semula. Bagi mengelakkan masa menunggu untuk mengundang peserta semula, pentadbir boleh mengongsikan pautan undangan grup dengan anda.
Nota: Setiap kali anda meninggalkan grup, jumlah masa yang anda perlu tunggu untuk dimasukkan oleh pentadbir grup semula akan meningkat dengan ketara. Jumlah masa maksimum yang perlu anda tunggu ialah 81 hari.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak