Cara mengurus pemberitahuan anda

Keutamaan pemberitahuan boleh diuruskan dengan mudah dalam seting WhatsApp anda. iPhone akan memaparkan pemberitahuan tolak secara automatik untuk memberitahu anda tentang mesej masuk.
Aplikasi iOS boleh menyediakan tiga jenis pemberitahuan:
  • Bunyi: Isyarat yang boleh didengar dimainkan.
  • Isyarat/Sepanduk: Isyarat atau sepanduk muncul pada skrin.
  • Lencana: Imej atau nombor muncul pada ikon aplikasi.
Untuk membuat perubahan kepada keutamaan pemberitahuan anda:
Buka WhatsApp > ketik Seting > Pemberitahuan. Periksa bahawa ciri Tunjuk Pemberitahuan telah didayakan untuk Pemberitahuan Mesej dan Grup.
Menyenyapkan sembang individu atau grup
Anda boleh mematikan getaran atau bunyi yang anda alami dalam aplikasi. Buka WhatsApp > Seting > Pemberitahuan > Pemberitahuan Dalam Aplikasi.
Menyelesaikan masalah pemberitahuan
Pastikan bahawa seting pemberitahuan anda dihidupkan dalam seting WhatsApp dan seting iPhone anda.
Jika anda telah mengesahkan bahawa seting pemberitahuan anda adalah betul dan anda masih tidak menerima pemberitahuan, ini mungkin masalah dengan sambungan atau iOS anda.
Sila ambil perhatian bahawa penghantaran pemberitahuan dikawal sepenuhya oleh Perkhidmatan Pemberitahuan Tolak Apple (Apple’s Push Notification Service, APNS) dan WhatsApp tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan perkhidmatan ini. Jika seseorang menghantar anda mesej ketika anda berada di luar talian, mesej tersebut akan dihantar kepada APNS untuk dihantarkan kepada telefon anda. WhatsApp tidak mempunyai kawalan atau keterlihatan atas penghantaran pemberitahuan berikut. Isu ini berlaku dalam WhatsApp, tetapi isu tersebut berpunca daripada APNS atau iOS.
Biasanya, satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu ini ialah dengan memulihkan telefon anda kepada seting kilang dan mengesetkannya seperti baru.
Nota: Jika anda memulihkan sandaran, anda juga mungkin akan dapat memulihkan isu tersebut. Pemberitahuan tolak memerlukan kad SIM yang sah dan sambungan selular atau Wi-fi yang aktif.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak