Cara mengedit foto dan video

WhatsApp membenarkan anda memperibadikan foto dan video anda dengan menambahkan pelekat, emoji, teks, lukisan tangan dan penapis.
Nota: Ciri ini hanya tersedia pada iOS 12 atau lebih baharu.
Mengedit foto dan video
  1. Ketik Lampirkan
    di sebelah medan teks.
  2. Ambil foto atau video baharu atau pilih foto atau video sedia ada daripada Jalur Filem anda.
  3. Mula mengedit foto atau video anda.
Menambah emoji atau pelekat
  1. Ketik Emoji
    > Pelekat atau Emoji
  2. Ketik item yang ingin anda gunakan.
    • Untuk mengalihkan item, ketik dan tahan item tersebut, kemudian seret item.
    • Untuk mengesaiz semula item, cubit ke dalam atau ke luar untuk mengecilkan atau membesarkan saiz item.
    • Untuk memutarkan item, cubit dan putarkan.
Menambah teks
  1. Ketik Teks
    di bahagian atas skrin.
  2. Taipkan teks yang diingini dalam medan teks.
    • Untuk memilih warna, luncurkan jari anda ke atas dan ke bawah pada pemilih warna.
    • Untuk memilih jenis fon, ketik Teks
      . Angkat jari anda untuk mengesahkan jenis fon.
    • Untuk mengesaiz semula teks, cubit ke dalam atau ke luar untuk mengecilkan atau membesarkan saiz teks.
    • Untuk memutarkan teks, cubit dan putarkan teks.
Melukis
  1. Ketik Melukis
    .
  2. Gunakan jari anda untuk membuat lukisan tangan.
    • Untuk memilih warna, luncurkan jari anda ke atas dan ke bawah pada pemilih warna. Anda boleh memilih warna untuk setiap garis yang anda lukis.
Menggunakan penapis
  1. Leret ke atas pada foto atau video.
  2. Pilih penapis.
Memadam edit dan menghantar
Untuk memadamkan pelekat, emoji atau teks, seretkan pelekat, emoji atau teks tersebut ke bahagian atas skrin ke arah tong sampah dan lepaskan. Untuk memadamkan lukisan, ketik
Buat Asal.
Selepas anda selesai mengedit media, ketik
Hantar.
Sumber berkaitan:
Cara menghantar media pada iPhone
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak