Cara mencipta pelekat untuk WhatsApp

Kami menyediakan apl sampel serta kod untuk Android dan iOS, agar anda boleh menyerahkan seni pelekat anda dan membina apl dengan pengalaman pembangunan atau pengekodan yang minimum. Pembangun yang berpengalaman boleh juga membangunkan apl pelekat yang pelbagai menggunakan set API dan antara muka yang disokong oleh WhatsApp.
Baca tentang syarat untuk mereka pelekat di bawah dan rujuk kepada fail README berkaitan apl sampel untuk senarai lengkap syarat dan petua untuk membangunkan apl pelekat anda.
Nota: Untuk mematuhi Garis Panduan Semakan App Store Apple apabila mencipta apl pelekat iOS, pastikan anda membangunkan antara muka pengguna (UI) yang unik dan jangan gunakan UI apl sampel kami.
Pelekat tersuai mesti memenuhi syarat berikut:
  • Setiap pelekat berlatar belakang lutsinar.
  • Pelekat mestilah bersaiz tepat 512x512 piksel.
  • Setiap pelekat mestilah kurang daripada 100 KB.
Anda juga mesti menyediakan ikon yang akan digunakan untuk mewakili pek pelekat anda dalam pemilih atau dulang pelekat WhatsApp. Imej ini mestilah bersaiz 96x96 piksel dan kurang daripada 50 KB.
Di samping syarat di atas, kami mengesyorkan yang berikut:
  • Pelekat akan dipaparkan pada pelbagai latar belakang, termasuk putih, hitam, berwarna dan bercorak. Kami mengesyorkan anda menambah lorekan #FFFFFF 8 piksel pada bahagian luar setiap pelekat. Lihat contoh fail Photoshop (PSD) di sini.
  • Mesti ada jidar 16 piksel antara imej pelekat dengan bahagian tepi kanvas piksel bersaiz 512x512.
Jika anda mempunyai pertanyaan atau masalah apabila mencipta pelekat, sila hantar e-mel kepada kami di developers@support.whatsapp.com. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah lain, sila hubungi kami di WhatsApp dengan pergi ke Tetapan > Bantuan > Hubungi Kami.
Pelekat tersedia pada WhatsApp, versi Android dan iOS yang terkini. Sekiranya anda tidak melihat pelekat, pastikan anda mengemas kini WhatsApp versi yang terbaharu di gedung aplikasi telefon anda.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak