Cara melaporkan katalog atau perniagaan

Android
iPhone
Jika anda percaya bahawa sesebuah perniagaan melanggar Dasar Perdagangan, anda boleh melaporkan perniagaan tersebut.
Melaporkan produk atau perkhidmatan
  1. Buka sembang anda dengan perniagaan.
  2. Ketik pada nama perniagaan tersebut.
  3. Di sebelah Katalog, ketik LIHAT SEMUA.
  4. Ketik pada produk atau perkhidmatan.
  5. Ketik Pilihan lain
    > Lapor.
  6. Anda mempunyai dua pilihan:
    • Untuk melaporkan produk atau perkhidmatan, ketik LAPOR.
    • Untuk memberikan butiran lanjut, ketik BERITAHU KAMI LAGI. Pilih satu pilihan, kemudian ketik SERAH.
Melaporkan perniagaan
  1. Pergi ke profil WhatsApp Business perniagaan tersebut dan tatal ke bawah.
  2. Ketik Lapor perniagaan.
  3. Anda mempunyai dua pilihan:
    • Untuk menyekat dan melaporkan perniagaan, ketik kotak semak di sebelah Sekat dan padamkan mesej sembang ini. Kemudian, ketik LAPOR.
    • Untuk melaporkan perniagaan, ketik LAPOR.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak