Tidak boleh memuat turun atau menghantar fail media

Jika anda mengalami masalah memuat turun atau menghantar foto, video atau mesej suara, semak yang berikut:
  • Telefon anda mempunyai sambungan Internet yang aktif dengan isyarat yang kuat. Cuba muatkan satu halaman web untuk kepastian.
  • Tarikh dan masa pada telefon anda ditetapkan dengan betul. Jika tarikh anda tidak betul, anda tidak akan dapat disambungkan kepada pelayan WhatsApp untuk memuat turun media anda. Ketahui cara menetapkan tarikh anda dengan betul di sini.
Sekiranya masalah berterusan, mungkin terdapat isu dengan kad SD anda. Untuk mengesahkan, pastikan kad SD anda mempunyai:
  • Ruang storan kosong yang mencukupi. Jika terdapat ruang yang mencukupi pada kad SD, tetapi anda masih tidak boleh memuat turun sebarang fail daripada WhatsApp, anda mungkin perlu memadamkan data WhatsApp daripada kad SD anda.
  • Mod baca sahaja dimatikan.
Jika tiada penyelesaian yang dapat menyelesaikan isu ini, ia mungkin bermaksud kad SD anda telah rosak. Dalam kes ini, anda mungkin perlu memformat semula kad SD atau membeli kad SD baharu.
Nota: Memformat semula kad SD anda akan memadam semua kandungan kad SD.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak