Cara mengedit profil anda

Android
iPhone
KaiOS
Web dan Komputer meja
Windows
Anda boleh mengedit foto profil, nama dan maklumat perihalan dalam Seting WhatsApp.
Mengedit foto profil anda
  1. Pergi ke Seting WhatsApp.
  2. Ketik foto profil anda.
  3. Jika anda:
    • Tidak mempunyai foto profil: Ketik tambah foto. Anda boleh Ambil Foto atau Pilih Foto.
    • Mempunyai foto profil: Ketik Edit > Edit. Anda boleh Padam Foto, Ambil Foto atau Pilih Foto.
Mengedit nama profil anda
  1. Pergi ke Seting WhatsApp.
  2. Ketik foto profil anda, kemudian ketik nama anda.
  3. Masukkan nama baharu anda.
    • Had nama ialah 25 aksara.
    • Anda boleh menambah emoji dengan mengetik Emoji
      .
  4. Ketik Selesai.
Nama profil anda akan kelihatan kepada pengguna dalam grup yang tidak mempunyai maklumat kenalan anda disimpan dalam buku alamat telefon mereka.
Mengedit maklumat perihalan anda
  1. Pergi ke Seting WhatsApp.
  2. Ketik foto profil anda.
  3. Ketik medan PERIHALAN.
  4. Anda sama ada boleh:
    • Pilih opsyen yang telah dipraisi.
    • Ketik maklumat perihalan anda di sebelah medan KINI DISETKAN KE, untuk menyesuaikannya. Had maklumat perihalan adalah 139 aksara.
Nota:
  • Maklumat perihalan anda tidak boleh kosong.
  • Anda boleh menukar tetapan privasi anda untuk mengawal individu yang dapat melihat foto profil atau maklumat perihalan anda.
  • Jika anda menyekat kenalan, individu tersebut tidak akan dapat melihat sebarang pengemaskinian foto profil atau maklumat perihalan anda.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak