Cara menggunakan mod gelap

Mod gelap membenarkan anda menukar tema warna WhatsApp daripada putih kepada hitam dan boleh didayakan atau dinyahdayakan dalam seting peranti anda atau Pusat Kawalan. Ciri ini tersedia pada iOS 13 dan kemudian.
Dayakan mod gelap daripada seting peranti
  1. Pergi ke Seting iPhone > Paparan & Kecerahan.
  2. Pilih daripada pilihan berikut di bawah PENAMPILAN:
    • Gelap: Hidupkan mod gelap.
    • Terang: Matikan mod gelap.
    • Automatik: Dayakan mod gelap untuk menghidupkannya secara automatik pada masa tertentu. Ketik Pilihan kemudian pilih Senja ke Fajar atau tetapkan Jadual Tersuai.
Dayakan mod gelap daripada Pusat Kawalan
  1. Pergi ke Seting iPhone > Pusat Kawalan.
  2. Tambah Mod Gelap di bawah KAWALAN DISERTAKAN untuk memaparkannya di Pusat Kawalan.
  3. Buka Pusat Kawalan:
    • Pada iPhone X dan lebih baharu, leret ke bawah dari bahagian atas kanan skrin.
    • On iPhone 8 and older, swipe up from the bottom of the screen.
  4. Ketik ikon mod gelap untuk menghidupkan atau mematikan mod gelap.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak