Tidak dapat menerima pemberitahuan di Firefox

Jika anda tidak menerima pemberitahuan di WhatsApp Web, pastikan fungsi pemberitahuan anda dihidupkan pada pelayar anda.
Menghidupkan pemberitahuan
  1. Pada pelayar anda, klik Hidupkan pemberitahuan desktop pada sepanduk biru di atas senarai sembang anda.
  2. Ikuti prom pada skrin.
Nota: Jika anda tidak melihat sepanduk biru, segarkan semula halaman tersebut. Jika anda masih tidak dapat melihat sepanduk tersebut, anda mungkin telah menyenyapkan atau mematikan pemberitahuan dalam tetapan WhatsApp anda.
Mengenyahsekat pemberitahuan
  1. Pada pelayar anda, klik ikon Menu, kemudian klik Pilihan atau Keutamaan.
  2. Klik Privasi & Keselamatan.
  3. Di bawah Kebenaran, klik Tetapan… di sebelah Pemberitahuan.
  4. Jika juntai bawah di sebelah "web.whatsapp.com" disetkan kepada Sekat, tukarkannya kepada Benarkan.
  5. Klik Simpan Perubahan.
Sebagai alternatif, klik ikon kunci di sebelah "https://web.whatsapp.com/". Jika Hantar Pemberitahuan ditunjukkan sebagai Disekat, klik "x", kemudian segarkan semula halaman tersebut.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak