Cara membuat panggilan video

Android
iPhone
Web dan Komputer meja
Windows
Ciri panggilan video membenarkan anda membuat panggilan video kepada kenalan anda menggunakan WhatsApp.
Membuat panggilan video
  1. Buka sembang individu dengan kenalan yang ingin anda buat panggilan video.
  2. Ketik Panggilan Video
    .
Sebagai alternatif, buka WhatsApp, kemudian ketik tab Panggilan > Panggilan Baharu
. Cari kenalan yang ingin anda buat panggilan video, kemudian ketik Panggilan Video
.
Menerima panggilan video
Jika telefon anda dikunci, anda akan menerima pemberitahuan Panggilan video masuk... daripada WhatsApp apabila seseorang membuat panggilan video kepada anda. Anda boleh:
  • Leret pemberitahuan ke kiri, kemudian ketik Lihat > Terima.
    • Sebagai alternatif, anda boleh meleret pemberitahuan ke kanan untuk menerima panggilan.
  • Leret pemberitahuan ke kiri, kemudian ketik Lihat > Tolak.
  • Leret pemberitahuan ke kiri, kemudian ketik Lihat > Mesej untuk menolak panggilan dengan mesej ringkas.
Jika telefon anda tidak dikunci, tetapi anda tidak berada dalam WhatsApp, anda akan menerima pemberitahuan Panggilan video masuk... daripada WhatsApp apabila seseorang membuat panggilan video kepada anda. Anda boleh:
  • Tarik pemberitahuan ke bawah, kemudian ketik Terima atau ketik pemberitahuan untuk menerima panggilan.
  • Tarik pemberitahuan ke bawah, kemudian ketik Tolak.
  • Tarik pemberitahuan ke bawah, kemudian ketik Mesej untuk menolak panggilan dengan mesej ringkas.
Jika telefon anda tidak dikunci dan anda berada dalam WhatsApp, anda akan melihat skrin Panggilan video WhatsApp masuk apabila seseorang membuat panggilan video kepada anda. Anda boleh mengetik:
  • Terima
  • Tolak
  • Ingatkan Saya, kemudian pilih jika anda ingin diingatkan Dalam 1 jam atau Apabila saya keluar.
  • Mesej untuk menolak panggilan dengan mesej ringkas.
Menukar daripada panggilan video kepada panggilan suara
  1. Ketika berada dalam panggilan video, ketik Matikan Video
    , untuk memaklumkan kenalan yang sedang berada dalam panggilan video dengan anda.
  2. Selepas kenalan mematikan video mereka, panggilan tersebut akan bertukar kepada panggilan suara.
Menukar daripada panggilan suara kepada panggilan video
  1. Ketika berada dalam panggilan suara, ketik panggilan video > Tukar.
  2. Kenalan yang berada dalam panggilan suara dengan anda akan melihat permintaan untuk menukar kepada panggilan video dan boleh menerima atau menolak penukaran tersebut.
Nota: Pastikan anda dan kenalan anda mempunyai sambungan Internet yang kukuh apabila membuat atau menerima panggilan video grup. Kualiti panggilan video bergantung pada kenalan yang mempunyai sambungan yang paling lemah.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak