Cara membuat panggilan video

Android
iPhone
Web dan Komputer meja
Windows
Panggilan video membenarkan anda membuat panggilan kepada kenalan anda menggunakan WhatsApp Desktop secara percuma, walaupun mereka berada di negara lain. Panggilan video menggunakan sambungan Internet anda. Panggilan desktop disokong pada Windows 10 64-bit versi 1903 dan lebih baharu serta macOS 10.13 dan lebih baharu. Panggilan grup tidak disokong pada WhatsApp Desktop pada masa ini.
Menggunakan panggilan desktop
Untuk membuat atau menerima panggilan video di WhatsApp Desktop:
  • Anda memerlukan sambungan Internet yang aktif pada komputer dan telefon anda.
  • WhatsApp memerlukan akses kepada mikrofon dan kamera komputer anda.
  • Anda memerlukan peranti output audio, mikrofon dan kamera disambungkan kepada komputer anda untuk membuat panggilan. Panggilan video tidak disokong pada peranti tanpa kamera.
Nota: Gunakan set kepala untuk audio terbaik. Menggunakan mikrofon luaran dan peranti pembesar suara yang berasingan boleh menyebabkan gema.
Membuat panggilan video
  1. Buka sembang individu dengan kenalan yang ingin anda hubungi.
  2. Klik ikon Panggilan video.
Semasa panggilan tersebut, anda boleh menyenyapkan atau mengenyahsenyapkan mikrofon anda dengan mengklik ikon Mikrofon atau mematikan atau menghidupkan kamera anda dengan mengklik ikon Kamera. Untuk menamatkan panggilan, klik Tamatkan panggilan.
Menjawab panggilan video
Jika anda menerima panggilan masuk, anda boleh mengklik:
  • Terima untuk menerima panggilan tersebut.
  • Tolak untuk menolak panggilan tersebut.
  • Abaikan atau x untuk mengabaikan panggilan tersebut.
Menukar antara panggilan suara dan panggilan video
Semasa berada dalam panggilan suara dengan kenalan, anda boleh meminta untuk bertukar kepada panggilan video. Kenalan yang sedang anda hubungi melalui panggilan suara boleh memilih untuk mengklik OK atau Tukar untuk menukar panggilan tersebut atau Batalkan untuk menolak.
  1. Hover atas ikon Kamera semasa dalam panggilan.
  2. Klik ikon Kamera.
  3. Panggilan suara akan bertukar kepada panggilan video jika kenalan anda menerima pertukaran itu.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak