Â
Perihal Akaun Yang Disekat Sementara
Jika anda menerima mesej dalam aplikasi yang menyatakan bahawa akaun anda "Disekat sementara", hal ini bermakna anda berkemungkinan menggunakan aplikasi WhatsApp tidak rasmi, atau anda disyaki mengumpulkan maklumat, yang juga dikenali sebagai pengikisan. Jika anda tidak bertukar kepada aplikasi rasmi atau berhenti terlibat dalam pengikisan selepas disekat sementara, akaun anda mungkin akan disekat daripada menggunakan WhatsApp secara kekal.
Aplikasi WhatsApp yang tidak rasmi
Aplikasi WhatsApp tidak rasmi akan merisikokan keselamatan dan keterjaminan anda, dan kami tidak menyokong aplikasi tersebut.
Berikut adalah perkara yang boleh berlaku jika anda menggunakan aplikasi tersebut:
- Tidak ada jaminan bahawa mesej atau data anda seperti lokasi atau fail yang anda kongsikan akan kekal peribadi dan dilindungi.
- Akaun anda mungkin disekat kerana penggunaan aplikasi WhatsApp tidak rasmi bertentangan dengan Terma Perkhidmatan kami.
Untuk memastikan anda mempunyai akses kepada WhatsApp, sahkan nombor anda sekali lagi pada aplikasi rasmi kami yang boleh anda muat turun daripada tapak web kami: www.whatsapp.com/download.
Pengikisan
Pengikisan ialah pengekstrakan maklumat automatik secara bersasar dan pukal, untuk sebarang tujuan yang tidak dibenarkan. Pemerolehan maklumat pengguna dengan cara ini, termasuk nombor telefon, gambar profil pengguna dan status daripada WhatsApp melanggar Terma Perkhidmatan kami.
Sumber