Cara menukar nombor telefon anda


Ciri tukar nombor membenarkan anda menukar nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun WhatsApp anda pada telefon baharu atau yang sama. Sebelum menukar nombor telefon anda:
  • Pastikan bahawa nombor telefon baharu anda boleh menerima SMS atau panggilan telefon dan mempunyai sambungan selular yang aktif.
  • Pastikan bahawa nombor telefon lama anda didaftarkan di WhatsApp pada masa ini. Anda boleh mendapatkan nombor telefon yang didaftarkan dengan membuka WhatsApp, kemudian mengetik Pilihan lain > Tetapan > ketik foto profil anda.
  • Pastikan anda menggunakan nombor telefon yang disokong. Nombor telefon yang tidak disokong tidak boleh didaftarkan di WhatsApp dan merangkumi:
  • VoIP
  • Talian tetap (Nota: Talian tetap hanya diterima pada aplikasi WhatsApp Business)
  • Nombor bebas tol
  • Nombor premium berbayar
  • Nombor akses universal (UAN)
  • Nombor peribadi
Menukar nombor telefon pada telefon yang sama
Jika anda menukar nombor telefon anda dan menggunakan telefon yang sama, pertama sekali masukkan kad SIM baharu dengan nombor telefon baharu ke dalam telefon anda.
  1. Buka WhatsApp.
  2. Ketik Pilihan lain
    > Tetapan > Akaun > Tukar nombor > SETERUSNYA.
  3. Masukkan nombor telefon lama anda dalam medan pertama dan nombor telefon baharu dalam medan kedua, kedua-dua nombor telefon dalam format antarabangsa lengkap.
  4. Ketik SETERUSNYA.
    • Jika anda hidupkan Maklumkan kenalan, anda boleh memilih untuk memaklumkan Semua kenalan, Kenalan yang mempunyai sembang dengan saya atau Tersuai... Jika anda memilih Tersuai..., anda perlu mencari atau memilih kenalan yang ingin anda maklumi, kemudian ketik tanda semak
      .
    • Sembang kumpulan anda akan dimaklumkan apabila anda menukar nombor telefon, tidak kira sama ada anda memilih untuk memaklumi kenalan anda atau tidak.
  5. Ketik SELESAI.
  6. Anda akan diprom untuk mendaftarkan nombor telefon baharu anda. Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini.
Menukar nombor telefon pada telefon baharu
Jika anda ingin memindahkan sejarah sembang anda, anda perlu mencipta sandaran Google Drive pada telefon lama anda. Ketahui cara memindahkan sandaran dalam artikel ini. Jika anda tidak mencipta sandaran menggunakan Google Drive, anda perlu memindahkan sandaran anda secara manual. Pelajari cara melakukan tindakan ini dalam artikel ini.
Selepas menukar nombor telefon anda pada telefon lama anda:
  1. Pasangkan WhatsApp pada telefon baharu anda.
  2. Daftarkan nombor telefon baharu anda.
  3. Pulihkan sandaran anda.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak