Cara menghantar media

Menghantar foto, video, dokumen atau maklumat kenalan
  1. Buka sembang individu atau kumpulan.
  2. Klik Lampirkan
    atau
    , kemudian klik:
    • Foto & Video untuk memilih foto atau video daripada komputer anda. Anda dapat menghantar sehingga 30 foto atau video sekali gus dan menambahkan kapsyen pada setiap foto atau video. Sebagai alternatif, anda boleh seret dan lepaskan foto atau video terus ke dalam medan teks. Terdapat had saiz 16 MB untuk setiap video yang anda hantar.
    • Kamera untuk mengambil gambar dengan kamera komputer anda.
    • Dokumen untuk memilih dokumen daripada komputer anda. Sebagai alternatif, anda boleh seret dan lepaskan dokumen terus ke dalam medan teks. Saiz dokumen maksimum yang dibenarkan ialah 2 GB.
    • Kenalan untuk menghantar maklumat kenalan yang disimpan pada buku alamat telefon anda melalui WhatsApp.
  3. Klik Hantar
    atau
    .
Menghantar mesej suara
  1. Buka sembang individu atau kumpulan.
  2. Klik mikrofon
    atau
    dan mula bercakap melalui mikrofon komputer anda.
  3. Setelah selesai, klik Sahkan
    untuk menghantar mesej suara.
Nota: Semasa merakam mesej suara, anda boleh mengklik Batal
untuk membatalkannya.
Simpan foto atau video pada komputer anda
  1. Klik foto atau video yang ingin disimpan.
  2. Klik Muat turun
    atau
    . Jika diprom, klik Simpan.
Sumber berkaitan:
Cara menghantar media: Android | iPhone | KaiOS
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak