Cara berkongsi pengemaskinian status WhatsApp pada aplikasi lain

Pada Android dan iPhone, anda mempunyai pilihan untuk berkongsi pengemaskinian status WhatsApp anda pada Cerita Facebook dan apl lain. Ketahui lebih lanjut tentang privasi status di artikel ini.
Cara berkongsi pengemaskinian status anda pada Cerita Facebook
  1. Buka WhatsApp.
  2. Ketik Status.
  3. Cipta pengemaskinian status pada: Android | iPhone
  4. Anda mempunyai dua pilihan perkongsian, bergantung pada sama ada status tersebut adalah status baru atau lama:
    • Berkongsi pengemaskinian status baru: Di bawah Status saya, ketik Kongsikan pada Cerita Facebook. Jika diprom, ketik Benarkan atau Buka untuk membuka aplikasi Facebook. Pada aplikasi Facebook, pilih khalayak yang ingin anda kongsikan status anda, kemudian ketik Kongsi Sekarang. Sila ambil perhatian bahawa pilihan Kongsikan pada Cerita Facebook akan hilang apabila anda pergi ke tab lain.
    • Berkongsi pengemaskinian status lama: Ketik Status Saya pada iPhone atau Lagi
      bersebelahan Status saya pada Android. Kemudian, ketik Lagi (
      atau
      ) bersebelahan pengemaskinian status yang ingin anda kongsikan, kemudian ketik Kongsikan pada Facebook. Jika diprom, ketik Benarkan atau Buka untuk membuka aplikasi Facebook. Pada aplikasi Facebook, pilih khalayak yang ingin anda kongsikan status anda, kemudian ketik Kongsi Sekarang.
  5. Setelah berkongsi pengemaskinian status anda, WhatsApp akan dibuka semula.
Nota:
  • Jika anda mempunyai berbilang pengemaskinian status, anda boleh memilih pengemaskinian yang ingin anda kongsikan pada Cerita Facebook.
  • Ciri ini hanya tersedia jika anda mempunyai salah satu aplikasi berikut dipasangkan pada peranti anda: Facebook pada Android, Facebook Lite pada Android atau Facebook pada iOS.
Cara berkongsi pengemaskinian status anda pada aplikasi lain
  1. Buka WhatsApp.
  2. Ketik Status.
  3. Cipta pengemaskinian status pada: Android | iPhone
  4. Anda mempunyai dua pilihan perkongsian, bergantung pada sama ada status tersebut adalah status baru atau lama:
    • Berkongsi pengemaskinian status baru: Di bawah Status saya, ketik Kongsi (
      atau
      ). Sila ambil perhatian bahawa pilihan Kongsi akan hilang apabila anda pergi ke tab lain.
    • Berkongsi pengemaskinian status lama: Ketik Status Saya pada iPhone atau Lagi
      bersebelahan Status saya pada Android. Kemudian, ketik Lagi (
      atau
      ) bersebelahan pengemaskinian status yang ingin anda kongsikan, kemudian ketik Kongsikan.
  5. Pada dulang kongsi yang kelihatan, ketik aplikasi yang ingin anda kongsikan pengemaskinian status anda.
Sumber
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak