Cara mengarkib atau mengenyaharkib sembang atau grup

Android
iPhone
KaiOS
Web dan Komputer meja
Windows
Ciri arkib sembang membolehkan anda menyembunyikan sembang individu atau grup daripada senarai sembang anda untuk mengatur perbualan anda dengan lebih baik.
Nota:
  • Mengarkibkan sembang tidak akan memadamkan sembang atau membuat sandaran sembang pada kad SD anda.
  • Sembang individu atau grup yang diarkibkan akan kekal diarkib apabila anda menerima mesej baharu daripada sembang individu atau grup tersebut.
  • Anda tidak akan menerima pemberitahuan untuk sembang yang diarkibkan melainkan anda disebut atau dibalas.
Mengarkibkan sembang individu atau grup
  1. Dalam tab SEMBANG, ketik dan tahan sembang yang ingin disembunyikan.
  2. Ketik
    Diarkibkan di bahagian atas skrin.
Mengarkib semua sembang
  1. Dalam tab SEMBANG, ketik Pilihan lain
    > Tetapan.
  2. Ketik Sembang > Sejarah sembang > Arkib semua sembang.
Melihat sembang individu atau grup yang diarkibkan
  1. Tatal ke atas skrin SEMBANG.
  2. Ketik
    Diarkibkan.
Nombor di sebelah
Diarkibkan menunjukkan bilangan sembang individu atau grup yang diarkibkan yang mengandungi mesej yang belum dibaca.
Mengenyaharkibkan sembang individu atau grup
  1. Tatal ke atas skrin SEMBANG.
  2. Ketik
    Diarkibkan.
  3. Ketik dan tahan sembang individu atau grup yang ingin dinyaharkibkan.
  4. Ketik Nyaharkib di bahagian atas skrin.
Tetapan pengarkiban alternatif
Untuk menukar tetapan lalai agar sembang yang diarkib dinyaharkibkan apabila mesej baharu diterima dan membuang
Diarkibkan daripada ditunjukkan di bahagian atas senarai sembang anda:
  1. Dalam tab SEMBANG, ketik Pilihan lain
    > Tetapan
  2. Ketik Sembang.
  3. Matikan Kekalkan sembang diarkibkan.
Sumber berkaitan:
Cara mengarkib atau mengenyaharkib sembang atau grup: iPhone | Web dan Desktop | KaiOS
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak