Â
Perihal kebenaran WhatsApp
Android
iPhone
Apabila pertama kali menggunakan ciri di WhatsApp yang memerlukan akses kepada maklumat atau aplikasi daripada telefon Android anda, anda akan melihat skrin yang meminta kebenaran untuk melakukan tindakan ini. Mematikan kebenaran boleh menyebabkan WhatsApp kehilangan fungsi tertentu.
Jika anda telah memasang WhatsApp, anda boleh mengawal kebenaran yang aplikasi gunakan dalam tetapan telefon anda. Buka Tetapan telefon anda, kemudian ketik Apl & pemberitahuan > WhatsApp > Kebenaran.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara kami mengumpul dan menggunakan data, semak Dasar Privasi kami.