Cara memuat turun WhatsApp Desktop

Web dan Komputer meja
Windows
WhatsApp boleh digunakan pada desktop anda tanpa pelayar. Untuk memasang WhatsApp Desktop pada komputer anda, muat turun aplikasi daripada Gedung Microsoft, App Store Apple atau tapak web WhatsApp. WhatsApp Desktop hanya akan berfungsi pada komputer yang memenuhi keperluan sistem operasi berikut:
  • Windows 8.1 atau lebih baharu
  • macOS 10.11 atau lebih baharu
Untuk sistem operasi yang lain, anda boleh menggunakan WhatsApp Web dalam pelayar anda.
Memuat turun WhatsApp Desktop
  1. Pada pelayar komputer anda, pergi ke halaman Muat Turun WhatsApp, kemudian muat turun fail .exe atau .dmg.
  2. Sebaik sahaja muat turun selesai, buka fail .exe atau .dmg dan ikuti prom untuk melengkapkan pemasangan.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak