Cara mengurus pentadbir grup

Mana-mana pentadbir dalam grup boleh menetapkan peserta sebagai pentadbir. Sebuah grup boleh mempunyai berbilang pentadbir tanpa had. Pencipta asal grup tidak boleh dialih keluar dan akan sentiasa kekal sebagai pentadbir kecuali jika mereka keluar daripada grup.
Menetapkan peserta sebagai pentadbir
  1. Buka sembang grup WhatsApp, kemudian tekan Pilihan > Info grup.
    • Sebagai alternatif, pilih grup dalam senarai Sembang. Kemudian, tekan Pilihan > Info grup.
  2. Pilih peserta yang ingin anda tetapkan sebagai pentadbir.
  3. Tekan Pilihan > Jadikan pentadbir grup.
Menyingkirkan pentadbir
  1. Buka sembang grup WhatsApp, kemudian tekan Pilihan > Info grup.
    • Sebagai alternatif, pilih grup dalam senarai Sembang. Kemudian, tekan Pilihan > Info grup.
  2. Pilih pentadbir yang ingin anda singkirkan.
  3. Tekan Pilihan > Singkirkan sebagai pentadbir.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak