Cara mengurus pentadbir grup

Mana-mana pentadbir dalam grup boleh menetapkan peserta sebagai pentadbir. Sebuah grup boleh mempunyai berbilang pentadbir tanpa had. Pencipta asal grup tidak boleh dikeluarkan dan akan sentiasa kekal sebagai pentadbir kecuali jika mereka keluar daripada grup.
Menetapkan peserta sebagai pentadbir
  1. Buka sembang grup WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
    • Sebagai alternatif, leret grup ke kiri di tab Sembang. Kemudian, ketik Lagi > Info Grup.
  2. Ketik nama peserta yang ingin anda tetapkan sebagai pentadbir.
  3. Ketik Jadikan Pentadbir Grup.
Menetapkan berbilang peserta sebagai pentadbir sekali gus
  1. Buka sembang grup WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
    • Sebagai alternatif, leret grup ke kiri dalam tab Sembang. Kemudian, ketik Lagi > Info Grup.
  2. Ketik Seting Grup > Edit Pentadbir Grup.
  3. Pilih peserta yang ingin anda tetapkan sebagai pentadbir.
  4. Ketik Selesai.
Menyingkirkan pentadbir
  1. Buka sembang grup WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
    • Sebagai alternatif, leret grup ke kiri dalam tab Sembang. Kemudian, ketik Lagi > Info Grup.
  2. Ketik nama pentadbir yang ingin anda singkirkan.
  3. Ketik Singkir Sebagai Pentadbir.
Menyingkirkan berbilang pentadbir sekali gus
  1. Buka sembang grup WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
    • Sebagai alternatif, leret grup ke kiri dalam tab Sembang. Kemudian, ketik Lagi > Info Grup.
  2. Ketik Seting Grup > Edit Pentadbir Grup.
  3. Nyahtanda pentadbir yang ingin anda singkirkan.
  4. Ketik Selesai.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak