Kawalan Apabila Menghantar Mesej Kepada Perniagaan

Anda mengawal penghantaran mesej dengan perniagaan di WhatsApp. Terpulang kepada anda sama ada anda ingin berkongsi nombor anda dengan perniagaan atau tidak. Anda boleh menyekat perniagaan pada bila-bila masa. WhatsApp tidak akan memberikan nombor anda kepada perniagaan, dan dasar kami melarang perniagaan daripada menghubungi anda di WhatsApp tanpa mendapat persetujuan daripada anda terlebih dahulu.
Sekat atau laporkan akaun perniagaan
Apabila anda menerima mesej daripada perniagaan buat pertama kali, kami akan memberi anda pilihan untuk menyekat atau melaporkan perniagaan tersebut jika anda tidak ingin dihubungi oleh mereka lagi. Semasa dalam perbualan dengan perniagaan, anda boleh menyekat atau melaporkan perniagaan tersebut daripada profilnya pada bila-bila masa.
Apabila anda menyekat akaun perniagaan, anda juga boleh memberitahu kami sebab anda melakukannya, misalnya kerana anda tidak lagi perlu menghantar mesej kepada perniagaan tersebut atau anda tidak mendaftar untuk menerima mesej daripada mereka. Kami juga mungkin menggunakan maklumat tentang tindakan menyekat dan melapor ini untuk mengambil tindakan ke atas akaun atau mengehadkan mesej yang akaun tersebut boleh hantar.
Kongsikan mesej maklum balas
Anda juga mempunyai pilihan untuk memberikan maklum balas atas mesej individu yang dihantar oleh perniagaan kepada anda.
  1. Buka WhatsApp.
  2. Kemudian, buka sembang dengan perniagaan tersebut.
  3. Ketik dan tahan mesej yang ingin anda semak.
  4. Ketik Nilai.
  5. Pilih bilangan bintang untuk menilai mesej tersebut.
  6. Ketik Hantar.
Kami juga mungkin menggunakan maklum balas ini untuk membantu perniagaan menambah baik sembang mereka dengan pelanggan. Maklum balas ini adalah tanpa nama, yang bermaksud perniagaan mahupun WhatsApp tidak dapat melihat penghantarnya. WhatsApp tidak dapat melihat kandungan mesej anda dengan perniagaan.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak