Â
Cara mendaftar untuk aplikasi WhatsApp Business
Syarat
- Anda hanya boleh mendaftarkan nombor telefon mudah alih atau nombor talian tetap milik anda.
- Anda mesti dapat menerima panggilan telefon atau SMS dengan nombor telefon yang anda cuba daftarkan.
- Pastikan anda menggunakan nombor telefon yang disokong. Nombor telefon yang tidak disokong tidak boleh didaftarkan di WhatsApp dan ini merangkumi:
- VoIP
- Nombor bebas tol
- Nombor premium berbayar
- Nombor akses universal (UAN)
- Nombor peribadi
- Anda mesti mengenyahdayakan semua tetapan penyekatan panggilan, aplikasi dan penghenti tugas.
- Jika anda mendaftar melalui telefon mudah alih, anda mesti mempunyai sambungan Internet yang baik melalui data mudah alih atau Wi-Fi. Jika anda berada dalam perayauan atau mempunyai sambungan yang lemah, pendaftaran mungkin tidak akan berjaya. Cuba buka https://www.whatsapp.com/business/ pada pelayar Internet telefon mudah alih anda untuk melihat jika anda bersambung melalui Internet.
- Jika anda mendaftar melalui talian tetap, ketik Hubungi saya untuk meminta panggilan telefon bagi menerima kod pendaftaran anda.
Cara mendaftar
- Masukkan nombor telefon anda:
- Pilih negara anda daripada senarai juntai bawah. Tindakan ini akan mengisikan kod negara anda secara automatik pada kotak di sebelah kiri.
- Masukkan nombor telefon anda pada kotak di sebelah kanan. Jangan letakkan angka 0 sebelum nombor telefon anda.
- Ketik Selesai untuk menerima kod pendaftaran. Jika diprom, anda juga boleh mengetik Hubungi saya untuk menerima kod tersebut melalui panggilan telefon.
- Masukkan kod pendaftaran 6 digit yang anda terima melalui SMS atau panggilan telefon.
- Nota: Jika anda telah mendayakan iCloud Keychain dan pernah mendaftarkan nombor ini sebelum ini, anda mungkin akan didaftarkan secara automatik tanpa menerima kod SMS baharu.
Menggunakan nombor sambungan untuk talian tetap
Nombor sambungan talian tetap tidak boleh digunakan untuk melengkapkan proses pendaftaran. Sila gunakan nombor talian tetap tanpa sambungan untuk mendaftarkan nombor telefon anda. Untuk tujuan keselamatan, kami hanya boleh menghantar kod pendaftaran enam digit kepada nombor talian tetap yang ingin anda gunakan untuk akaun perniagaan anda.
Jika anda tidak menerima kod enam digit melalui SMS
- Tunggu bar kemajuan selesai dan cuba lagi. Masa menunggu mungkin mengambil tempoh hingga 10 minit.
- Jangan meneka kod atau anda akan dikunci keluar untuk tempoh masa tertentu.
- Jika pemasa berakhir sebelum anda menerima kod pendaftaran, pilihan untuk meminta panggilan telefon akan muncul. Pilih Hubungi saya untuk meminta panggilan. Apabila anda menjawab panggilan tersebut, satu suara automatik akan memberitahu anda kod pendaftaran enam digit tersebut. Masukkan kod ini pada aplikasi WhatsApp Business.
- Nota: Bergantung pada pembekal perkhidmatan anda, anda mungkin dikenakan caj untuk SMS dan panggilan telefon.
Peringatan: Jangan berkongsi kod pendaftaran 6 digit anda dengan sesiapa.
Langkah-langkah penyelesaian masalah
Jika anda mempunyai isu untuk mendaftar, cuba langkah berikut:
- Matikan telefon anda, tunggu 30 saat dan hidupkan telefon kembali.
- Padam dan pasangkan semula WhatsApp Business versi yang terkini yang boleh didapatkan di sini.
- Semak sambungan anda dengan menghantar mesej SMS ujian daripada sebarang telefon mudah alih kepada nombor telefon yang anda cuba daftarkan. Masukkan nombor telefon mudah alih sama seperti yang anda masukkan dalam aplikasi WhatsApp Business, termasuk kod negara.
- Nota: Atas sebab keselamatan, kami tidak dapat menghantar kod pendaftaran anda melalui kaedah lain.