Â
Perihal ciri pengesahan dua langkah
Pengesahan dua langkah adalah ciri opsyenal yang menambahkan lagi keselamatan akaun WhatsApp anda. Anda akan melihat skrin pengesahan dua langkah selepas anda berjaya mendaftarkan nombor telefon anda pada WhatsApp. Anda boleh mengetahui cara mendayakan ciri pengesahan dua langkah dalam artikel ini.
Apabila anda mendayakan ciri pengesahan dua langkah, anda mempunyai pilihan untuk memasukkan alamat e-mel anda. Ini membenarkan WhatsApp menghantar e-mel pautan set semula kepada anda sekiranya anda terlupa PIN serta membantu melindungi akaun anda.
Untuk membantu anda mengingati PIN, WhatsApp akan memprom anda secara berkala, meminta anda memasukkan PIN. Malangnya, tiada pilihan untuk mengenyahdayakan ciri ini tanpa mengenyahdayakan ciri pengesahan dua langkah. Ketahui lebih lanjut tentang mengendalikan tetapan pengesahan dua langkah dalam artikel ini.
Nota: PIN pengesahan dua langkah adalah berbeza daripada kod pendaftaran 6 digit yang anda terima melalui SMS atau panggilan telefon. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pendaftaran dalam artikel ini.
Sumber berkaitan:
Ketahui cara melindungi akaun anda.