Perihal tarikh penguatkuasaan untuk pengemaskinian Januari 2021

Apakah yang berlaku pada tarikh penguatkuasaan?
Tiada akaun WhatsApp yang akan dipadamkan mahupun dihentikan fungsinya pada 15 Mei 2021 disebabkan pengemaskinian ini.
Apakah yang berlaku selepas tarikh penguatkuasaan?
Memandangkan kebanyakan pengguna yang telah melihat pengemaskinian tersebut sudah pun menerimanya, kami akan terus memaparkan pemberitahuan pada WhatsApp untuk memberikan maklumat lanjut tentang pengemaskinian serta mengingatkan mereka yang belum berkesempatan agar menyemak dan menerimanya. Buat masa ini kami tidak mempunyai rancangan untuk memaparkan peringatan ini secara berterusan serta mengehadkan fungsi aplikasi.
Terdapat juga peluang lain bagi mereka yang belum menerima pengemaskinian tersebut untuk melakukannya secara langsung dalam aplikasi. Sebagai contoh, apabila seseorang mendaftar di WhatsApp semula atau jika seseorang ingin menggunakan ciri yang berkaitan dengan pengemaskinian ini buat pertama kali.
Anda boleh mengeksport sejarah sembang anda pada Android atau iPhone, dan memuat turun laporan akaun anda.
  • Anda boleh mengeksport sendiri sembang dan memuat turun laporan akaun anda. Jika anda memerlukan bantuan untuk memuat turun laporan atau memadamkan akaun anda, anda boleh menghubungi kami di sini.
WhatsApp tidak akan memadam akaun anda jika anda tidak menerima pengemaskinian tersebut.
  • Harap maklum bahawa secara tersendiri, dasar sedia ada kami yang berkaitan dengan pengguna yang tidak aktif akan diguna pakai.
  • Jika anda mahu memadamkan akaun anda pada Android, iPhone, atau KaiOS, kami berharap anda akan mempertimbang semula. Tindakan memadamkan akaun anda tidak dapat dibuat asal kerana ini akan memadamkan sejarah mesej anda, mengeluarkan anda daripada semua grup WhatsApp, dan memadamkan sandaran WhatsApp anda.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak