Cara mengedit profil anda

Android
iPhone
KaiOS
Web dan Komputer meja
Windows
Anda boleh mengedit foto profil, nama dan maklumat perihalan dalam Tetapan WhatsApp.
Mengedit foto profil anda
  1. Buka WhatsApp > ketik Pilihan lain
    > Tetapan.
  2. Ketik foto profil anda.
  3. Ketik Galeri untuk memilih foto sedia ada atau Kamera
    untuk mengambil foto baharu.
  4. Sekiranya anda mempunyai foto profil sedia ada, anda boleh Alih keluar foto.
Mengedit nama profil anda
  1. Buka WhatsApp > ketik Pilihan lain
    > Tetapan.
  2. Ketik foto profil anda.
  3. Pada medan Nama, ketik Edit
    .
  4. Masukkan nama baharu anda.
    • Had nama ialah 25 aksara.
    • Anda boleh menambah emoji dengan mengetik ikon Emoji
      .
  5. Ketik SIMPAN.
Nama profil anda akan kelihatan kepada pengguna dalam grup yang tidak mempunyai maklumat hubungan anda disimpan pada buku alamat telefon mereka.
Mengedit maklumat perihalan anda
  1. Buka WhatsApp > ketik Pilihan lain
    > Tetapan.
  2. Ketik foto profil anda.
  3. Pada medan Perihalan, ketik Edit
    .
  4. Anda sama ada boleh:
    • Pilih opsyen yang telah dipraisi.
    • Ketik Edit
      disebelah medan Kini disetkan ke untuk menyesuaikan maklumat perihalan anda. Had maklumat perihalan adalah 139 aksara.
Maklumat perihalan anda tidak boleh kosong.
Nota:
  • Anda boleh menukar tetapan privasi anda untuk menentukan individu yang dapat melihat foto profil atau maklumat perihalan anda.
  • Anda boleh menentukan individu yang boleh memasukkan anda ke grup dengan menukar tetapan privasi grup anda.
  • Jika anda menyekat kenalan, individu tersebut tidak akan lagi dapat melihat sebarang pengemaskinian foto profil atau maklumat perihalan anda.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak