Cara membuat carian di Internet berkaitan mesej WhatsApp yang dimajukan

Jika anda menerima mesej yang telah dimajukan daripada satu pengguna kepada pengguna yang lain banyak kali, anda boleh membuat carian di Internet daripada dalam sembang WhatsApp berkenaan maklumat yang berkaitan dengan kandungan mesej tersebut. Mesej ini ditampilkan dengan ikon anak panah berganda
. Ciri ini tersedia untuk pengguna di Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Republik Dominika, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Mexico, Nigeria, Peru, Sepanyol, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Venezuela buat masa ini.
Nota: Jika anda memilih untuk mencari kandungan mesej di web, ciri ini akan membenarkan anda memuat naik kandungan mesej tersebut terus kepada Google tanpa mengongsikannya dengan WhatsApp. Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi Google akan diguna pakai.
  1. Ketik Cari
    bersebelahan mesej yang telah dimajukan.
  2. Ketik Cari di Web.
  3. Carian akan membawa anda ke pelayar web yang akan memaparkan hasil carian anda di Google.
Sumber Berkaitan:
Perihal had pemajuan
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak